untuk kelihatan cantik,tak semestinya mahal

Sehari Sebiji Epal

Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum. Malahan, jusnya juga amat digemari. Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.

Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.